Sejarah
Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan Malaysiadan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia mengulas rasa sangat kecewa di atas keputusan tersebut.
Tarikan
Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.
No comments:
Post a Comment